Changes you made here will not be reflected in actual website. Please go to app.phrase.com to edit the key.

Terbaharu di SleekFlow: Komen balasan automatik (auto reply) yang berkesan di Facebook dan Instagram

SleekFlow's product update: Comment auto reply

Kini, media sosial seperti Facebook dan Instagram banyak digunakan untuk tujuan marketing dan ia bukanlah suatu perkara yang baharu dalam dunia perniagaan. Marketing media sosial yang dijalankan dianggap berjaya sekiranya ia dapat meningkatkan sales dan website traffic melalui penjenamaan dan sekaligus melahirkan pelanggan yang setia dengan perniagaan anda. Jadi, apakah sebenarnya tindakan yang perlu diambil supaya pelanggan tahu akan kewujudan jenama anda di mana-mana platform media sosial?

Oleh kerana e-commerce terus mengalami transformasi, perniagaan anda juga haruslah membuat perubahan iaitu tiada lagi penggunaan kaedah yang lapuk dan tradisional. Social commerce atau penjualan menerusi media sosial adalah sebahagian daripada evolusi e-commerce yang mula mendapat perhatian. Menariknya, lebih daripada 50% pengguna telah membuat pembelian sekurang-kurangnya pada satu platform di media sosial.

Menjual di Facebook dan Instagram

Facebook dan Instagram adalah platform yang sangat pantas dalam mengikuti trend. Pada tahun 2020, Facebook Shop dan Instagram Shop telah diperkenalkan dengan adanya tag produk, katalog, pembayaran langsung (direct checkouts) dan banyak lagi untuk memudahkan urusan pengguna untuk berbelanja di media sosial. Jadi, apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk menarik perhatian pengguna terhadap kewujudan jenama anda dan sekali gus mendorong mereka untuk melayari kedai online anda di media sosial? Apakah pula cara untuk meningkatkan jumlah followers anda dan bagaimanakah pula cara untuk anda berinteraksi dengan mereka tanpa melibatkan perbelanjaan besar dengan membuat kempen iklan berbayar?

Ya, sudah tentu!

Salah satu caranya adalah dengan fungsi komen auto reply! Komen auto reply sangat berfungsi dan berkesan untuk membantu anda berinteraksi dengan pelanggan anda dan sekali gus dapat meluaskan lagi pengaruh jenama anda kepada pelanggan sasaran anda. Terikat rapat dengan algoritma Facebook dan Instagram, membalas komen merupakan satu tanda penglibatan yang positif di media sosial dan lebih banyak organic impressions akan dicapai sekiranya posting tersebut didapati popular. Fungsi komen auto reply bukan sahaja untuk membuat followers anda berasa didengari, tetapi mereka juga akan mula meletakkan kepercayaan kepada jenama anda. Malah, apabila mereka mula sedar akan kewujudan jenama anda, mereka juga akan lebih percaya kepada perniagaan yang anda jalankan dan seterusnya mendorong mereka untuk membuat pembelian dengan anda. Mereka juga berpotensi untuk mengulang pembelian dan berkongsi mengenai kewujudan jenama anda kepada orang lain.

Hasil daripada tinjauan yang dilakukan, 59% daripada 10,000 pengguna media sosial global lebih cenderung untuk membeli dari jenama yang lebih kecil apabila mereka melihat di media sosial berbanding dengan melayari dalam talian. - Accenture, 2022

Bagaimana komen auto reply di Facebook dan Instagram berfungsi dengan SleekFlow?

social media shopping and payment workflow illustration

Apabila pengguna Facebook atau Instagram meninggalkan komen pada posting anda, anda mungkin tidak dapat untuk membalas kepada mereka dengan segera. Namun, mengambil kira soal kesabaran pelanggan dan prospek yang semakin menurun pada hari ini, anda perlu mencari solusi untuk mengatasi masalah ini. Oleh sebab itu, anda wajib membuat komen auto reply pada setiap komen yang ditinggalkan oleh pelanggan.

Proses untuk mengaktifkan komen auto reply adalah mudah dan senang untuk digunakan. Di SleekFlow, anda hanya perlu menetapkan syarat dan teks auto reply yang akan teraplikasi sama ada untuk posting yang tertentu atau pada semua posting yang dibuat di akaun Facebook dan Instagram anda. Kemudian, setiap komen yang ditinggalkan di ruangan komen pada posting anda mendapat balasan dengan segera daripada anda di bahagian komen atau pada inbox mereka.

Berikut adalah senario untuk gambaran yang lebih jelas:

Anggap sahaja bahawa anda menjalankan perniagaan menjual makanan bayi. Anda membuat giveaway campaign bijian bayi organik dan meminta orang ramai untuk meninggalkan komen. Apabila anda membuat auto reply pada komen dan direct messages, pada setiap kali seseorang memberikan komen, mereka akan mendapat balasan komen seperti yang berikut:

“Terima kasih atas penyertaan anda! Entri anda berjaya diterima.”

Lalu, diikuti dengan direct messages untuk mendapatkan maklumat pengguna seperti nama, nombor telefon, dan alamat untuk tujuan pengiriman hadiah kepada mereka. Dengan cara ini, anda tidak akan sesekali terlepas pandang terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam kempen yang dilaksanakan atau dengan secara tidak sengaja mengabaikan pengikut tertentu anda!

Cubalah feature komen auto reply terbaharu SleekFlow sekarang!

Jangan lepaskan 4 kelebihan fungsi auto reply yang terkini!

Tidak dinafikan, komen auto reply sangat bermanfaat untuk perniagaan anda. Sekiranya fungsi ini digunakan sepenuhnya, pelanggan akan mula menyukai perniagaan yang anda jalankan, semunya hanya dengan beberapa klik sahaja.

1. Komen auto reply untuk meningkatkan organic engagement

Peningkatan Engagement Instagram Organik

Anda mungkin sahaja akan mengabaikan komen pengguna yang ditinggalkan di Facebook dan Instagram kerana menganggap komen mereka tidak penting. Namun, berdasarkan tinjauan, kebanyakan pengguna hanya meninggalkan beberapa komen pada setiap bulan. Dalam erti kata lain, pengguna hanya akan meninggalkan komen pada posting anda apabila mereka mempunyai minat terhadap jenama anda. 

Seterusnya, apabila followers Facebook dan Instagram anda berasa didengari, ia sebenarnya mendorong lebih ramai orang untuk meninggalkan komen pada posting anda. Dengan sokongan algoritma Facebook dan Instagram, engagement anda akan meningkat dan kemudiannya mendorong content anda untuk sampai kepada pengguna dalam skala yang lebih besar. Organic impressions juga akan meningkat dan sekali gus dapat meminimumkan bajet iklan anda. Jadi, gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya untuk meningkatkan profil perniagaan dalam talian yang sedang anda usahakan.

Selain itu, imej perniagaan anda juga akan terjaga sekiranya anda memberikan respons kepada mereka yang meninggalkan komen atau aduan buruk pada posting anda. Walaupun komen yang ditinggalkan berbaur negatif, tetapi dengan respons yang diberikan oleh anda kepada mereka akan berpotensi untuk memulihkan keadaan dan mengurangkan ketidakpuasan hati pelanggan terhadap anda. 89% pelanggan lebih gemar untuk memilih perniagaan yang memberikan respons terhadap semua online reviews yang ditinggalkan oleh pelanggan. Jadi, untuk menguruskan komen dan reviews di Facebook dan Instagram, anda wajib menggunakan fungsi komen auto reply dan seterusnya dapat membantu jenama anda untuk menapak dalam talian. Sesungguhnya, dalam setiap perniagaan yang dijalankan, kepuasan hati dan kesetiaan pelanggan untuk menyokong jenama dan produk anda adalah lebih penting daripada segalanya.

2. Mulakan conversations dengan menggunakan keywords

Bina hubungan pelanggan di Facebook

Jika pelanggan meninggalkan komen terhadap jenama atau produk anda, wajarkah anda mengabaikan komen yang mereka tinggalkan itu dengan begitu sahaja?

Jangan risau! Anda boleh memulakan conversations dengan menggunakan keywords. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengucapkan terima kasih dan memberikan kod promo kepada mereka yang memberikan reviews yang baik kepada perniagaan anda, anda boleh menetapkan perkataan “terbaik” atau “suka” sebagai keywords untuk memulakan conversations. Kemudian, anda boleh menetapkan teks anda sendiri sebagai tanda penghargaan kepada reviews yang mereka tinggalkan dan seterusnya memberikan kod promo kepada mereka. Dengan itu, setiap kali seseorang memberikan reviews yang baik di Facebook atau Instagram anda, mereka akan mendapat direct messages ucapan terima kasih daripada anda berserta dengan kod promo. Perkara ini sememangnya dapat membantu untuk membina kepercayaan dan hubungan baik yang berpanjangan dengan pelanggan, apatah lagi maklumat peribadi mereka dapat digunakan untuk targeting campaigns yang lebih efektif.

3. Sokongan segera untuk memenuhi expectations pelanggan

Sokongan pelanggan di Instagram

83% orang yang memberi komen mengharapkan syarikat memberikan respons dalam masa sehari atau kurang. 63% perniagaan memberikan respons kepada pelanggan dalam masa 24 jam, namun hanya 32% daripada mereka yang berpuas hati dengan kepantasan respons yang diberikan.

Dengan expectations yang tinggi dan kesabaran yang kurang, pelanggan pada masa kini perlu dilayan dengan cekap. Untuk mendorong pelanggan terus menyokong dan setia dengan jenama anda, anda harus bersedia untuk membantu mereka apatah lagi apabila pertama kali dihubungi. Apabila anda memberi respons secara automatik kepada komen mereka dan memulakan direct messages apabila mereka cuba berkomunikasi dengan anda, anda bukan sahaja menjawab soalan atau pertanyaan khusus malah anda juga dapat meluaskan pengaruh jenama anda secara menyeluruh kepada mereka.

 4. Pembeli dapat membuat pembayaran serta-merta dalam chat

SleekFlow inbox - ciri pautan pembayaran

Anda diingatkan supaya tidak terlalu selesa dengan features yang sedia ada pada penjualan di media sosial. Sebaiknya, anda haruslah kekal updated dengan setiap fungsi bagi memudahkan urusan perniagaan anda. Dalam pada masa kebanyakannya sedang belajar bagaimana untuk memudahkan pelanggan meneroka produk mereka di Facebook Shop dan Instagram Shop, Meta memperkenalkan Commerce Manager untuk pelanggan membuat direct checkouts dan pembayaran.

Dalam Commerce Manager, fee penjualan sebanyak 5% (atau 0.40 USD/RM1.83 jika item tersebut adalah 8 USD/RM36.53 atau lebih rendah) dikenakan untuk setiap pakej yang dipesan dan dihantar. Walaupun begitu, ianya hanya teraplikasi di negara atau wilayah yang tertentu. Jika perniagaan anda bukan dari salah satu negara yang disenaraikan, pelanggan perlu melayari laman web e-dagang anda apabila mereka mengunjungi Facebook Shop dan Instagram Shop anda. Ini adalah suatu proses yang agak rumit apatah lagi apabila adanya gangguan sambungan Internet. Malah, jika loading time terlalu lama, anda boleh kehilangan pelanggan dengan mudah. 

Untuk mengelakkan anda kehilangan valuble leads daripada posting jualan anda, anda boleh membuat one-click checkouts di SleekFlow agar pelanggan dapat checkout produk anda dengan satu klik sahaja. Dengan pautan yang mudah dan terus, pembayaran serta-merta dalam chat akan menjadi lebih mudah. Bayaran transaksi juga akan menjadi lebih rendah berbanding fee penjualan yang dikenakan oleh Meta dalam Commerce Manager. Anda boleh memberi respons kepada pelanggan yang meninggalkan komen pada posting anda dengan memulakan conversation dan menawarkan bantuan kepada mereka dan sekali gus akan dapat membantu untuk meningkatkan sokongan pelanggan terhadap sosial media anda.

Aliran pembayaran dengan menggunakan pautan pembayaran SleekFlow

Mulakan proses pembayaran tanpa pertikaian menggunakan pautan pembayaran SleekFlow!

Tip tambahan: cara untuk metutup komen spam dengan berkesan di Facebook dan Instagram

Spam di bahagian komen merupakan suatu perkara yang sangat menganggu. Selain daripada memakan masa yang panjang untuk dihapuskan, aduan spam juga perlu dibuat satu demi satu, berulang-ulang dari masa ke masa. Akan tetapi, mengabaikan komen spam ini bukanlah suatu langkah yang bijak. Perkara ini boleh meninggalkan bad impressions kepada pelanggan anda yang benar-benar setia dan seterusnya menjejaskan reputasi jenama anda, terutamanya jika komen spam mengandungi konten yang negatif. 

Jadi, apa yang perlu dibuat untuk memadam atau menutup komen di Facebook dan Instagram?

Cara yang paling cepat dan mudah untuk menangani perkara ini adalah dengan menapis komen di Facebook dan Instagram. Anda perlu mengenal pasti perkataan, simbol, atau emoji yang sering digunakan oleh spammer (tetapi anda harus berhati-hati untuk tidak menyenaraikan perkataan yang terlalu umum untuk mengelakkan komen daripada true followers anda daripada disembunyikan). Seterusnya, anda boleh menetapkan perkataan atau simbol yang telah disenaraikan ke dalam tetapan advanced comment. Anda boleh melihat arahan di bawah untuk tetapan di Facebook dan Instagram:

  • Facebook

Klik pada Business Page’s photo anda pada bahagian kanan atas, dan pergi ke “Tetapan & Privasi”. Klik “Tetapan” sekali lagi, dan pilih “Privasi” pada menu kiri. Kemudian, pergi ke “Siaran Umum”, diikuti oleh “Sembunyikan komen yang mengandungi perkataan tertentu di halaman anda” di bawah bahagian “Moderasi”. Klik “ Edit ” dan taipkan perkataan yang dikenal pasti sebagai spammy.

  • Instagram

Dalam aplikasi, pergi ke “Tetapan” > “Privasi” > “Kata Tersembunyi”. Di bawah bahagian “Kata dan Frasa Pelanggan”, hidupkan “Sembunyikan Komen”. Kemudian, pilih “Urus Senarai” dan masukkan perkataan yang dikenal pasti sebagai spam.

Ketahui bagaimana Sybil Sleep Tech memaksimumkan jangkauan kempennya di SleekFlow.

SleekFlow: Alat automasi pemasaran di Facebook dan Instagram 

Ciri automasi platform SleekFlow untuk mesej pemasaran WhatsApp

Marketing di Facebook dan Instagram lebih daripada sekadar membuat komen auto reply. Di SleekFlow, kami menyediakan automation features lain seperti chatbots, personalized greeting messages, drip campaigns, mesej promosi yang dijadualkan, peringatan tempahan, dan satu segmen set strategi yang komprehensif untuk pelanggan kami. 

Bayangkan: Pelanggan menerima mesej Facebook dari kedai pakaian e-dagang anda. Kemudian, mereka mengunjungi Instagram Shop anda untuk melihat pakaian-pakaian yang ada dan mula tertarik dengan pakaian yang dijual. Lalu, mereka memberi komen “Ada diskaun?” pada posting jualan anda. Dengan tetapan automatik anda di SleekFlow, pelanggan terus mendapat respons daripada anda yang membalas kepada mereka “Terima kasih atas minat anda!” dan seterusnya kod promo dihantar pada inbox mereka.

Macam mana nak beli?” Balas pelanggan anda.

Staff anda hanya perlu membuat pautan pembayaran untuk mereka membuat pembayaran secara terus dalam chat.

Seperti yang digambarkan di atas, jika anda dapat meluangkan masa bagi menetapkan automation rules yang berbeza mengikut setiap keadaan, tenaga kerja yang selebihnya boleh digunakan untuk memperluas cuostumer base atau melayani pelanggan yang benar-benar memerlukan. Anda juga boleh menetapkan conversations secara automatik dengan pelbagai jenis pelanggan kepada sales agents atau customer support agents yang berbeza!

Bacaan lebih lanjut: Master Facebook Business Manager in 10 minutes & The complete starter kit for Instagram marketing

Urus Iklan Utama Facebook secara percuma di SleekFlow

Gabungkan Iklan Utama Facebook secara percuma

Bonus feature yang lain di SleekFlow adalah integrasi Facebook Lead Ads. Anda boleh mendapatkan butiran pelanggan anda dengan mudah tanpa perlu mengisi forms. Melalui SleekFlow, anda tidak perlu lagi memasukkan butiran pelanggan ini secara manual kerana telah disimpan secara automatik ke dalam pangkalan data pelanggan dengan setiap incoming lead daripada Facebook. Jadi, memandangkan ia adalah percuma, mengapa anda tidak mencubanya sekarang?

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana Iklan Utama Facebook dapat meningkatkan perniagaan anda dalam talian

Terokai penyatuan Facebook Lead Ads dengan membuat akaun percuma di SleekFlow.

Tentang ‘Terbaharu di SleekFlow’

‘Terbaharu di SleekFlow’ adalah siri yang memperkenalkan ciri terbaharu SleekFlow yang dikembangkan berdasarkan maklum balas pelanggan. Baharu di SleekFlow? Mulakan dengan mendaftar ke akaun perniagaan atau menempah demo dan berbincang dengan pakar kami untuk melihat bagaimana jenama anda dapat berkembang maju dengan perdagangan sosial! 

Anda mempunyai permintaan feature di SleekFlow? Kirimkan idea anda dengan mengisi borang ini.

Sekiranya anda merupakan pelanggan SleekFlow yang sentiasa ada bersama kami, kami sangat menghargai ulasan ringkas di sini berdasarkan pengalaman anda setakat ini!

Ketahui update mengenai produk kami di Salesforce contact sync di sini!

Disyorkan untuk anda

Majukan perniagaan anda dengan SleekFlow

Mulakan secara percuma dan tingkatkan hubungan pelanggan anda.